No posts.
No posts.

Isu Terkini: Raja Memerintah, Bukan Mentadbir

Tetapi tanpa menghiraukan samada ianya satu kes tidak mengikut arahan oleh penjawat awam atau MB yang melakukan kesilapan yang memalukan dengan isu keagamaan Negeri, perlukan Yang Mulia Tuanku memalukan MB baru dan mempersendakan kuasanya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Negeri? Sudah tentu perkataan diraja yang senyap kepada Nizar dan MB sudah tentu akan memohon maaf kepada pihak diraja (walaupun dia tak bersalah).

Dalam Ketuanan dalam suara rakyat dalam demokrasi saya menulis:Karpal Singh bertindak betul dengan bercakap tentang penentangan terhadap campur tangan kerabat di raja dengan politik dan keputusan politik dan pentadbiran.

Walaupun orang itu adalah pengarah bagi satu jabatan keagamaan negeri, pemecatannya tidak ada kaitan dengan perkara keagamaan tetapi dengan tingkah-laku politiknya sebagai penjawat awam negeri - tentunya itu adalah di bawah bidang kuasa dan hak seorang MB untuk memecatnya.MB dan exconya telah dipilih oleh rakyat dan di dalam demokrasi raja berperlembagaan, suara rakyat (diluahkan melalui wakil yang dipilih) adalah utama.Terdapat panggilan bermotifkan politik, sudah pasti dari BN, untuk mendakwa Karpal dengan celaan terhadap Raja.

Tetapi mana-mana kerabat diraja yang dengan secara salahnya membawa dirinya ke dalam arena politik harus bersedia untuk menerima kritikan politik. Perbalahan dan kritikan politik mengikut undang-undang adalah hak rakyat yang utama.Kerabat diraja yang mahu bermain politik tak patut mendapat hak imuniti diraja daripada undang-undang (termasuk hukum saman) atau dakwaan bahawa sesiapa mengkritiknya bersalah kerana mencela Raja, pengkhianatan atau menghina kerabat diraja.Ya, hanya Singa dari Gelugor yang memanah campur-tangan kerabat diraja, menentang campur-tangan tak berperlembagaan di politik Negeri.

Seperti yang disebutkan, Karpal Singh telah diugut kerana mencela Raja oleh orang yang biasa disyaki. UMNO, mula cerdik selepas pilihan raya Mac, melihat satu peluang dendam untuk menyerang Karpal dan secara wakil DAP. Didahului oleh AAB, pemimpin UMNO mendesak AG agar mendakwa Karpal Singh kerana hasutan.Tetapi bahagian paling menyedihkan ialah Karpal keseorang dalam berani, cekap dalam perlembagaan dan betul dalam menegur campur tangan kerabat diraja yang tidak betul dalam pentadbiran negeri politik dan bukan keagamaan.

Dalam dunia Melayu Sultan memegang jawatan istimewa. Kalau kita mengingati cerita Hang Tuah dan Jebat, Tuah adalah lambang kesetiaan rakyat yang tetap setia walaupun kepada pemerintah kejam, walaupun Jebat kawan setia kepada Tuah cuba membela Tuah yang pasif (pasif kepada titah Sultan yang kejam) dan menjadi pembangkang yang mengkhianat, orang yang nak jadi kononnya Faisal bin Musa'id bin Abdul Aziz dari dunia Melayu.Mitos Jebat telah dilabel sebagai pengkhianat dan PM pertama serta pencinta pemerintahan beraja, Tunku Abdul Rahman, tak bersetuju untuk menamakan Kapal Laut Diraja Malaysia kapal kecil angkatan laut dengan nama KD Jebat.

Beliau menukarkannya ke KD Rahmat.Saya telah menulis 2 tahun lepas Hang Jebat hidup sekali lagi, tetapi...!(petikan berikutnya):Dr Azy Rahman telah membentangkan dalam artikelnya Neo-feudalisme sibernetik Melayu dalam pengaruh lagenda Hang Tuah ke atas pemikiran Melayu. Saya memposkan yang di dalam neo-feudalisme Melayu hipermoden bentuk dalaman - maafkan saya sewaktu saya melepaskan ikatan lidah saya.Dr Azly berkata: "Konsep hero dalam masyarakat Melayu disemadikan dalam Hang Tuah, simbol paling popular dalam kelas pahlawan sejarah Melayu, orang yang mengetahui banyak bahasa, hero Melayu yang ajaib yang memberikan kesetiaan membabi-buta terhadap Sultan.

Imej kesetiaan pahlawan yang buta itu begitu baik tertulis di dalam sastera dan kesedaran orang Melayu".Ambil nota perkataan 'kesetiaan buta' dan terbitan 'orang yang taat setia kepada raja dan negara secara buta'.

Diterjemahkan dari http://ktemoc.blogspot.com/

ISA & UNDANG-UNDANG: PERTAHANKAN MARUAH NEGARA

Kebelakangan ini Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hangat diperkatakan apabila berbagai pihak memberikan pandangan sama ada akta tersebut perlu dihapuskan atau dikaji semula. Malah isu tersebut jugalah yang menyebabkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan kerana mempertahankan kenyataan beliau ISA perlu dikaji semula.

Pelbagai alasan dibangkitkan. Antaranya, akta tersebut tidak lagi dianggap relevan dan melanggar hak asasi manusia. Semua ini berpunca daripada timbulnya rasa tidak puas hati segelintir rakyat negara ini terhadap penahanan seorang wartawan, seorang ahli politik dan seorang penulis blog baru-baru ini.

Rasional ISA mula dipersoalkan dan elemen utama yang menjadi tonggak kenapa akta tersebut diwujudkan juga tidak lagi diambil peduli. Semuanya berkisar tentang kebebasan bersuara. Kebebasan untuk menyuarakan pandangan dan pendapat tetapi mereka tidak sedar apa yang mereka suarakan ibarat mencurah minyak ke dalam api.

Malangnya ISA yang dianggap sebagai satu undang-undang yang baik, kerap kali disalah ertikan dan dijadikan mainan politik pihak berkepentingan. Sejak diperkenalkan pada 1960 sebagai undang-undang pencegahan bertujuan untuk membanteras kegiatan subersif komunis, ISA memberi impak yang begitu besar kepada keamanan, kemakmuran dan pembangunan negara. Dakwaan ISA sudah ketinggalan zaman tidak tepat kerana akta tersebut sudah melalui pindaan dan prosedurnya juga sudah banyak berubah berbanding peringkat awal ia dilaksanakan.

ISA yang bersifat sebagai akta pencegahan kini turut digunakan oleh negara-negara Barat dalam bentuk dan perlaksanaan yang berbeza-beza. Amerika Syarikat (AS) umpamanya yang selama ini adalah pengkritik ISA juga mempunyai akta pencegahan yang dikenali sebagai Akta Patriot yang digubal selepas kejadian serangan 11 September 2001. Begitu juga Britain yang mempunyai Akta Anti Pengganas. Kebanyakan negara kini mula melihat kepentingan untuk mencegah sebelum sesuatu perkara yang timbul sukar dikawal sehingga menganggu gugat kepentingan dan keselamatan negara.

Di sebahagian besar negara-negara yang tidak mempunyai akta pencegahan seperti India dan Indonesia, masalah keganasan sehingga menggugat ketenteraman awam dan kestabilan negara menjadi satu ancaman yang tidak ada kesudahannya. Berdasarkan situasi sebeginilah kerajaan melihat kewajaran untuk ISA dipertahankan walaupun ada suara-suara ingin akta tersebut dimansuhkan sama sekali atau dipinda mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Pengalaman yang Malaysia lalui dan apa yang berlaku di negara-negara lain meyakinkan kerajaan bahawa ISA masih relevan terutama untuk menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam. Ini kerana penahanan di bawah ISA sebagai satu langkah tindakan cepat untuk mengelak sesuatu kejadian menjadi lebih buruk sehingga sukar dikawal.

Dalam soal ini, ISA perlu dilihat sebagai satu usaha untuk melindungi kepentingan umum dan negara. Sebarang cubaan untuk menghapuskan atau melakukan pindaan perlu diperhalusi tanpa menjejaskan matlamat sebenar akta tersebut diwujudkan. Cadangan-cadangan dan desakan yang ditimbulkan kebelakangan ini jelas lebih kepada kepentingan politik pihak tertentu – menggunakan isu tersebut untuk meraih sokongan rakyat. Sedangkan hakikatnya, sebahagian besar rakyat tidak begitu memahami kenapa ISA diwujudkan dan kenapa ia perlu dipertahankan?

ISA merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk mencegah dan bukan mengambil tindakan selepas ancaman berlaku. Ia lebih menitikberatkan soal atau aspek keselamatan negara dan ketenteraman awam mengatasi kepentingan mana-mana individu. Malah ISA juga merupakan asas kepada pembinaan negara serta penting dalam memastikan keamanan terus terpelihara.

Namun disebalik segala kebaikan itu, masih ramai yang melihat atau mengaitkan ISA dengan ketidakadilan dan wujudnya campurtangan politik. Sedangkan majoriti rakyat beranggapan sebaliknya. Majoriti yang menyokong bukan bersandarkan kepada isu kaum, budaya, agama atau kepentingan mana-mana individu yang ditahan tetapi lebih kepada rasa takut tercetusnya pergaduhan dan perselisihan yang boleh memporak perandakan negara.

Kesannya cukup besar. Ketidakstabilan politik berkait rapat dengan ekonomi sesebuah negara. Ketidakstabilan politik akan menjauhkan pelabur. Asas pembentukan Malaysia berbeza dengan negara-negara lain. Situasi semasa, isu-isu sensitif yang dibangkitkan boleh menimbulkan kegelisahan dan kemarahan kaum. Kita perlu menerima hakikat berada dalam masyarakat berbilang kaum, agama dan kepercayaan, masih banyak sensitiviti yang perlu dipelihara dan dikawal supaya tidak menjadi konflik terbuka seterusnya menjerumuskan negara ke kancah huru-hara dan ketidakstabilan.

Editor, Pemikir Muda
November 2008

Obama: Pemimpin atau Pengkhianat


Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam?

Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).

Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

(Gambar: Obama sedang melakukan ritual Yahudi).

Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts. Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel."My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007.

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?

(Gambar: Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kempen Presiden).

Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008."Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy.

That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007.

Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan “makan dalam”. Musuh yang “silent killer” lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama. Berhati-hatilah kita.